31 Aug 2012

Lega weeehhh...

Morning...

Pagi yang mendatang ni membawa segala kesegaran harinya.  Waduh-waduh, mindset aku sentiasa cergas dalam hari-hari sebegini.

http://thepossessionmovie.com
Semalam outing pergi tengok wayang, The Possession...  Mak haiii, tak berapa nak layan le keseramannye. Tak berapa nak dewa sangat. Best lagi Devil Inside dalam hati aku. Tapi yang aku tak nafikan lakonan Natasha Calis memang ngam la.. Ku da feel la tengok dia jadi budak kerasukan.  Dalam hati aku terpikir, kenapa setan tu mesti keterwujudan dalam bentuk fizikal yang macam tu? Based from true story ke bentuk setan tu? ha ha ha ha ha... Abaikan.

So tengahari ni aku nak pergi kenduri kahwin rodong kat Temerloh. Kahwin dengan Imam, Waduh-waduh, untung la badan dapat suami yang bagus dok ada.  Aku tak beli hadiah eapa pun untuk member sorang ni, dan aku tak rasa pun macam nak beli. Ni kira aku pas salam kaut jela erk.

Hahahaha, blah blah.. Salam Merdeka buat Malaysia dan warganya...

26 Aug 2012

Tengahari ni panas...

Hallo..

Ok hari ni aku 1st time minta resit rawatan klinik dari majikanku untuk dapatkan rawatan percuma. Bersemangat aku ni nak pergi jumpa Doktor S.K Ng. Sesampai je kat klinik yang dituju, aku confident pergi hulur resit tadi. Akak kat kaunter tu pandang aku,
 
   "Ni salah klinik ni, sini Ng & Surgery, klinik S.K.Ng di      belakang sana."

Mak aiiii, punya lama aku menetap kat daerah ni, klinik yang mana satu pun aku tak tau! bagak laaaa malunye. Hampeh sungguh. Cepat-cepat aku blah dari situ and terus hallo clerk aku nak bertanya lokasi sebenar.  Parking punya la jauh, lastly salah masuk klinik.Phuuiiii... Ha Ha Ha...

Habis mukadimah,

Kelmarin aku boring lepak umah, maka aku sembrono la kuar ke bandar and singgah ke bengkel aksesori kereta. hahahah. Apa yang aku plan sebenarnya nak tukar plat number aku yang standard tu je. Punya la pilih font, lastly yang terpakai font lain.  Pada mata aku ok la, tapi pada mata En. Polis tak tahulah aku. hahaha.

Selesai pasang plat tu, aku mula gatai-gatai tangan duk tambah aksesori kat body la plak. Punya la blur dengan kekosongan pada body kereta tu, maka aku kasi masuk body sticker (strike panjang je).  Hati aku bolak balik la sebenarnya dengan imej yang aku bawak tu, tapi gasaklah, dah pasanag pun.  Sekarang bila tengok dua tiga kali strike tepi kereta tu, rasa macam nak pitam pun ada. kakakaka...

Da siap pasang body sticker tu, aku gatai lagi tangan masukkan brake lock. Ni yang paling gerun aku nak kasi masuk, bimbang da problem dengan wiring asal kete tu, habis plak warranty kereta aku nanti. Bila da pasang tu nampak macam syok la jugak, tapi dia punya bunyi bila tendang lock tu perghhhh, macam nak patah lock aku. erk...  

Hahahaha, aku tak nyesal cuma kena plan elok-elok lepas ni tiap apa nak buat.  Bila main petik je apa nak tambah pada kereta ni, memang chantek sangat la duitnye ngalir dah tu rasa alah pulak memakai. he ha he ha...

Dan Dr. Ng tadi bagi aku antibiotik, katenya dua jam sebelum dan dua jam selepas makan ubat antibiotik yang diberi jangan ambil susu and segala makanan berunsur susu.  So, state it in my mind.


21 Aug 2012

Selamat Pagi broo..

Selamat Hari Raya yang ke-empat...

Pagi ni aku bangun cemerlang dengan semangat nak kuruskan semula badan aku yang dah mula memecut naik sejak ramadhan hari tu.  Tak tau la kat mana silapnya, aku dah ambil macam-macam ubat dah nak nguruskan badan ni... Dari teh ke pil nguruskan badan aku hambik, tapi hape pun tak boleh... wahahahaha, begitu taksub aku dengan keadaan bentuk badan aku sekarang ni...  :p

Then baru ni aku ambil semula teh nguruskan badan, bukan apa. Selain nak nguruskan badan, aku ni juga da masalah penghadaman sikit, so teh ni dapat jugak le mambantu aku menghadamkan segala makanan yang aku kelahap sepanjang tiga hari syawal ni. hahahaha.

Raya ni aku beraya macam biasa, rutin biasa and takda ke mana-mana pun. Alangkah rutinnya. So memang dari awal lagi aku pikir tak perlu untuk aku ambil cuti pun, baik aku simpan cuti ni buat bawak melancong ngan rodong-rodong. Dia orang dah planing nak pergi ke Krabi Island.. Ah cehwah, dah kena nyimpan awal-awal la kalu taknak kena tinggal.

Tapi sebelum aku berangan duk nak pi jauh-jauh, baik aku fokus perancangan yang paling dekat. hahaha, aku nak membeli belah... ngeeee.....

Ok, malam ni ku dah janji nak hidang KFC pada tetamu yang datang beraya... Erk!

15 Aug 2012

Macam nilah...

Ok, hari raya dah nak dekat...

Aku tak buat persiapan lagi rasenya... maksudnya aku tak beli baju raya a.k.a baju melayu lagi. Dan aku tak pikir tu jadi rukun wajib nak beraya cuma disunatkan kita memakai pakaian yang chanteq-chanteq untuk sambut syawal.... It's fine, aku akan cari dalam masa terdekat.

Dan hari ni, aku dapat berita yang tak mengumbirakan.. MIRA KEMALANGAN!.. akak aku hello aku dan beritahu yang M kemalangan dalam perjalan nak balik kampung dia di Kelantan.  Hmmm, apa ku nak cakap, aku memula takda rase ape-ape pun, terperanjat pun tak seberapa, sedih pun tidak jugak.  Cuma aku tahui kemalangan dia tu agak serius dan aku agak, aku agak, aku agak.. ntahlah...

Aku hello dia tak dapat then aku cuma sempat mesej sahaja... Kereta yang dia tumpang tersasar terus melulu masuk ke arah gaung, syukurlah dia tak menjunam betul-betul ke dalam gaung cuz ada pokok yang sekat kereta tu dari jatuh lebih dalam. Hmmm, aku dengar dia cedera teruk, lebih kurang patah tulang bahu... Dan selebihnya aku kena teliti kendian... 

Aku sedih dengan kejadian ni M, cuma bila aku nak datang melawat kau terlalu banyak bagi alasan pada aku. hahahaha, ya aku tak sekufu dengan kau sebab aku bukan ahli ibadat macam kau.  Nope, nope, aku tau kau tak fikir macam aku yang pikir negatif-negatif ni. Its fine. Aku cuma harap kau kuatkan semangat, sebab aku percaya Tuhan sayang hamba-hambaNya yang macam kau...

Ok, cukup dengan citer sedih yang macam tu... Then aku sekarang hilang mood nak menulis lebih panjang.

12 Aug 2012

Bosan & ketidakmatangan...

Haloo...


Ok, ni kali ke berapa aku bukak dan tutup blog pun tak pasti.. Isunye takda komitmen nak menaip secara konsisten, lagi pula aku bukan jenis individu pencerita... Tapi ntah kenapa (ada sebab tapi takyah cerita!) dalam dua tiga hari ni, aku jadi ngidam plak nak buka blog semula.  Punya la seharian aku sibuk buat artwork untuk background and header aku yang tak seberapa tu.. Finally masih tak puas hati.. Areeennngg...



Cakap pasal tak komited ni da jugak kaitannye dengan kebosanan! Ya apakehal plak ye? For sure bila ko bosan ko memang taknak teruskan lagi tugas atau sikap rutin ko, maka di situ ko tidaklah komited terhadap kerutinan tugas atau sikap tadi... maka "ko" itu dituju pada aku, sebab apa?... 



Sebabnya begini, akakku jarang bagi nasihat yang betul menempelak jiwa raga aku ni, tapi bila dia tegur aku sekali memang melekat terus ke sanubari.. kata dia... "ko ni tak boleh buat kahwin, tak matang... Buat kerje sikit bila bosan ko dah tak buat.. Cepat bosan memang tak matang, macam na ko nak kahwin and hidup bertahun-tahun ngan bini ko?".... Taraaaa... 



Aku senyap dan terkedu!